Hakikat yang tidak patut dikaji

November 28, 2010

ARKIB Utusan Malaysia : 23/11/2010

OLEH PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

BUkan semua perkara berkaitan agama boleh diperbahaskan mengguna logik akal dan ini termasuklah dalam bab ihsan di mana kita mesti yakin bahawa Allah itu melihat apa yang kita lakukan. – Gambar hiasan


 

SEBELUM kita memasuki tajuk minggu ini, pihak kami ada menerima komentar seorang pembaca bahawa bahan yang dikongsikan di ruangan ini terasa terlalu tinggi untuk kefahaman mereka.

Kami berterima kasih atas maklum balas ini dan ingin membuat sedikit penjelasan.

Seperti yang dimaklumi oleh mereka yang mengikuti rapat ruangan ini, buat masa ini, ruangan ini dikhususkan untuk berkongsi dengan para pembaca perbahasan yang bernilai daripada buku karangan seorang tokoh ulama mutakhir berkenaan isu-isu yang disalah-fahami oleh masyarakat.

Jika itulah yang menjadi tumpuan kita tidak hairanlah jika sebahagian pembaca merasakan isi kandungannya tinggi kerana biasanya isu-isu yang menimbulkan kekeliruan ini biasanya bukan isu-isu mudah.

Mereka yang tidak ‘terfitnah’ dengan isu-isu ini memang tidak begitu mudah mengikuti perbahasannya. Memang sepatutnya adalah lebih baik bagi agama mereka jika ditumpukan tajuk-tajuk asasi Islam, Iman dan Ihsan.

Malangnya, kita masih terpaksa menanganinya kerana tetap ada di sana sekelompok mereka yang sangat gemar menimbulkan isu-isu sebegini sehingga mencemarkan kefahaman umat.

Sepatutnya, seperti tajuk kita minggu ini, tidak semua polemik yang timbul di kalangan ulama mengenai pelbagai masalah agama dan akidah, dibebankan oleh Allah SWT ke atas kita untuk membahaskannya.

Bahkan, kita berpendapat, bahawa polemik ini hanya akan melenyapkan kehebatan dan keagungan perkara tersebut. Misalnya perselisihan ulama mengenai Nabi Muhammad SAW melihat Allah dan caranya.

Perselisihan yang panjang lebar sentiasa berlegar di kalangan mereka mengenai permasalahan ini. Ada ulama berpendapat, Nabi Muhammad SAW melihat Allah SWT dengan hatinya. Sementara ulama lain berpendapat, Nabi Muhammad SAW melihat-Nya dengan kedua-dua belah matanya.

Masing-masing mengemukakan dalil mereka dan menguatkan hujah mereka dengan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah. Apa yang saya lihat, semua yang mereka lakukan itu adalah sia-sia dan tidak mendatangkan faedah.

Bahkan, kemudaratannya adalah lebih besar daripada manfaatnya. Apatah lagi jika kandungan polemik itu didengari oleh umat Islam awam. Tidak mustahil, jika mereka mendengar dan mengetahui hal-hal yang diperdebatkan itu, pasti akan timbul keraguan dalam hati mereka.

Seandainya kita meninggalkan perbahasan mengenai perkara ini, dan memadai kita menyebut apa adanya, pasti ia akan kekal menjadi perkara yang mulia dan tidak akan hilang keagungannya dalam jiwa manusia.

Umpamanya, kita mengatakan bahawa Rasulullah SAW melihat Tuhannya. Cukup sekadar itu sahaja, tanpa dilanjutkan perbahasannya dan selebihnya kita serahkan kepada Allah SWT.

Advertisements

Hakikat Asya’irah

November 28, 2010

ARKIB Utusan Malaysia : 16/11/2010

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

kejahilan menghuraikan sifat-sifat Allah SWT boleh menyebabkan berlakunya perpecahan di dalam ummah. – Gambar hiasan


 

PERHENTIAN kita yang seterusnya dalam menelaah kitab Mafahim Yajib an Tusohhah (Kefahaman Yang Wajib DiPerbetulkan) karya al-Muhaddith Dr.Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki ialah tentang salah faham terhadap mazhab akidah Asya’irah. Asya’irah adalah gelaran kepada mereka yang mengikut pegangan mazhab akidah yang dirumuskan oleh al-Imam Abu al-Hassan al-Asy’ariy RH. Ia merupakan mazhab akidah majoriti besar umat Islam sepanjang zaman.

Pun begitu, masih ramai umat Islam tidak mengetahui tentang mazhab Asya’irah. Mereka tidak mengenali siapakah yang dimaksudkan dengan al-Asya’irah dan kaedah mereka di dalam bidang akidah. Lantaran itu, sebahagian daripada mereka tidak berhati-hati meletakkan Asya’irah di dalam kesesatan dan melemparkan tuduhan bahawa Asya’irah telah terkeluar daripada agama Islam dan tergolong di dalam golongan mulhid (terpesong daripada kebenaran) di dalam menghuraikan sifat-sifat Allah.

Kejahilan inilah yang menyebabkan berlakunya perpecahan terhadap kesatuan Ahli Sunnah dan merobek kesatuan umat Islam sehingga sebahagian orang-orang jahil menganggap golongan Asya’irah tergolong di dalam golongan yang sesat.

Saya tidak tahu, bagaimana mereka menyamakan di antara golongan yang beriman dengan golongan yang sesat, dan bagaimana mereka boleh menyamakan di antara golongan Ahli Sunnah dengan pelampau Muktazilah yang merupakan golongan Jahmiyyah? (pengikut Jaham ibn Sofwan yang berasal dari Khurasan. Mazhabnya dikenali dengan Jabariah yang berpendapat tidak ada ikhtiar bagi makhluk.)

Firman Allah SWT: Patutkah Kami (berlaku tidak adil dengan) menjadikan orang-orang Islam (yang taat) sama seperti orang-orang yang berdosa (yang kufur dan ingkar).” (Apa sudah jadi dengan akal kamu?) Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)? (al-Qalam: 35-36)

Asya’irah ialah pemimpin-pemimpin ulama Islam yang membawa petunjuk dan ulama yang mempunyai ilmu meliputi timur dan barat. Kelebihan, keilmuan dan keagamaan mereka disepakati oleh manusia pada zaman mereka. Mereka merupakan tokoh-tokoh ulama Ahli Sunnah berwibawa tinggi yang berdiri teguh menentang kesesatan fahaman Muktazilah. Dalam mengupas tentang mazhab Asya’irah, Ibnu Taimiyyah berkata: Ulama ialah golongan pembantu ilmu-ilmu agama, manakala Asya’irah ialah golongan pembantu usul agama. (Al-Fatawa: H: 16, Juzu’ 4)

Sesungguhnya mereka merupakan tokoh-tokoh hadis, fekah dan tafsir dari kalangan tokoh-tokoh imam yang utama seperti Syeikh al Islam Ahmad Ibnu Hajar al ‘Asqalani RH; syeikh dan pakar hadis yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Beliau juga merupakan pengarang kitab Fath al Bari ‘ala Syarh al Bukhari yang tidak dapat tidak, diperlukan dan dipegang oleh semua ulama. Beliau berpegang dengan mazhab Asy’ari.

Begitu juga syeikh ulama Ahli Sunnah; Imam Nawawi RH, pengarang Syarah Sohih Muslim dan karya-karya lain yang masyhur, bermazhab Asy’ari. Syeikh Ahli Tafsir, Imam al Qurtubi RH pengarang kitab Tafsir al Jami’ li Ahkam al Quran, bermazhab Asy’ari. Syeikh al Islam Ibnu Hajar al Haitami RH pengarang kitab al Zawajir ‘an Iqtiraf al Kabair, bermazhab Asy’ari. Syeikh Feqah dan Hadith, al Imam al Hujjah al Thabat Zakaria al Ansari RH, bermazhab Asy’ari.

Imam Abu Bakar al Baqilani RH, Imam al Qustallani RH, Imam al Nasafi RH, Imam al Syarbini RH, Abu Hayyan al Nahwi RH pengarang tafsir al Bahr al Muhit, Imam Ibnu Juzaiy RH pengarang kitab al Tashil fi Ulum al Tanzil dan lain-lain lagi, kesemuanya merupakan tokoh-tokoh Asya’irah.

Sekiranya kita hendak mengira bilangan pakar ilmuwan dari kalangan ahli hadis, tafsir dan fekah yang bermazhab Asy’ari, pasti tidak muat untuk ditulis di dalam kitab ini dan tentunya memerlukan beberapa jilid kitab untuk memuatkan kesemua nama ulama ini yang ilmu mereka tersebar luas di timur dan barat dunia. Sesungguhnya menjadi kewajipan ke atas diri kita, menyifatkan mereka dengan sifat-sifat yang baik dan mengenali kelebihan ahli ilmu yang telah menaburkan khidmat mereka kepada syariat Rasulullah SAW.


Sikap tasauf terhadap syariat

November 10, 2010

ARKIB Utusan Malaysia : 09/11/2010

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

DI kesempatan yang lepas, kami telah mengemukakan sedutan daripada penjelasan oleh salah seorang tokoh besar ulama tasauf, hadis dan syariat di zaman kita, Al-Muhaddith Dr. Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki tentang isu hubungan antara tasauf dan syariat.

Dalam kitabnya Mafahim Yajib an Tusohhah (Kefahaman Yang Wajib Diperbetulkan), beliau telah memetik kata-kata para pemuka ulama tasauf yang menegaskan keselarian antara ilmu ini dengan syariat atau usul syariat, al-Quran dan al-Sunnah.

Di bawah ini diperturunkan beberapa petikan lain yang mengungkapkan dengan begitu fasih tentang persoalan ini, sekali gus memberikan kepada kita gambaran sebenar tasauf daripada lisan para tokoh-tokohnya yang hakiki.

Adalah jelas daripada kata-kata tokoh-tokoh tasauf daripada generasi awal ini bahawa jalan syariat adalah asas dan landasan bagi perjalanan seseorang sufi. Walau apa pun yang mungkin ditemui seseorang dalam perjalanannya itu semuanya harus tunduk kepada neraca al-Quran dan al-Sunnah.

Maka tasauf yang hakiki, seperti mana yang dipegang oleh para pemukanya adalah manhaj yang harmoni dan selari dengan al-Quran dan al-Sunnah, bahkan bersumberkan dan berdasarkan dua sumber asasi syariat ini.

Cuma, mungkin tetap timbul perbezaan dan perselisihan jika istilah merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah atau istilah syariat itu difahami secara berbeza. Sepatutnya dua sumber asasi agama ini difahami dan didekati mengikut pendekatan yang muktabar dan disepakati oleh para pakar dalam ilmu-ilmu al-Quran dan Hadis. Bukannya pendekatan yang terlalu literal dan sempit.

Syariat juga perlu difahami dalam kerangka yang telah diterima pakai oleh arus perdana Usul al-Fiqh dan Fiqh dan segala kaedah-kaedah yang berkaitan. Jika ini jadi pegangan maka nescaya Tasauf dan Syariat akan berjalan segandingan dan seiringan. Wallahua’lam.

Insya-Allah, pada minggu hadapan kita akan meneliti pula beberapa kefahaman yang perlu dimurnikan berkaitan dengan aliran Akidah al-‘Asha’irah.


Tasauf dan syariat

November 8, 2010

ARKIB Utusan Malaysia : 02/11/2010

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

Di antara tanda kekasih Allah SWT ialah dengan mengikut kekasih Allah (Rasulullah SAW) pada akhlak, perbuatan, suruhan dan sunnahnya. – Gambar hiasan


 

DALAM kesempatan yang lepas kita telah menjelaskan kesilapan sesetengah golongan yang cenderung menuduh bidaah terhadap sesama Islam sedangkan tidak semua yang baharu dalam agama itu adalah bidaah secara hakiki. Seringkali yang dikatakan bidaah hasanah itu sebenarnya bukanlah bidaah melainkan dari sudut bahasa sahaja.

Aliran yang paling banyak dituduh dengan amalan bidaah adalah aliran tasauf sehingga ia teraniaya, ditohmah dan dipandang serong. Hanya segelintir manusia yang memandangnya dengan betul dan benar. Sebahagian besar ahli masyarakat melabelkan tasauf dan sufi dengan sifat-sifat yang tercela dan keji sehingga menjatuhkan hak penyaksian dan keadilan seseorang ahli tasauf. Mereka sampai berkata: “Si fulan tidak boleh dipercayai dan tidak boleh diterima khabarnya. Kenapa? Kerana dia adalah seorang Sufi!”

Namun demikian, apa yang menghairankan, orang-orang yang begitu lancang mencaci tasauf dan menentang ahli sufi ini pula, kerap mengutip kata-kata dan perbuatan ahli sufi untuk dijadikan bahan teks ucapan dan pengajaran mereka di atas mimbar-mimbar Jumaat dan kerusi-kerusi pengajian.

Mereka seolah-olah tidak berasa malu dan segan meminjam kata-kata imam-imam sufi ini untuk digunapakai dalam khutbah-khutbah dan majlis-majlis pengajian mereka. Kita seringkali mendengar mereka mengucapkan: Telah berkata al Fudhail ibn ‘Iyadh r.a, telah berkata Junaid al Baghdadi r.a, telah berkata Hasan al Basri r.a, telah berkata Sahl al Tasturi r.a, telah berkata al Muhasibi r.a, telah berkata Bisyr al Hafi r.a dan sebagainya.

Adakah mereka tidak kenal siapakah insan yang meniti di bibir-bibir mereka itu? Nama-nama ulama yang mereka sebut merupakan pemuka-pemuka tasauf yang tidak asing lagi. Malah ulama inilah yang telah menyusun kaedah-kaedah ilmu tasauf dan telah mencapai kedudukan sebagai wali qutub (pangkat kewalian tertinggi). Kitab-kitab tasauf juga dipenuhi dengan kata-kata mereka, khabar-khabar dan biografi mereka. Tidak dapat dipastikan, sama ada orang yang mentohmah ahli tasauf ini benar-benar orang yang jahil ataupun buat-buat jahil? Atau mereka ini buta atau buat-buat buta?

Kita suka menaqalkan kalam imam-imam agama yang mereka ini adalah penyangga dan rijal tasauf. Apa yang kita kehendaki di sini adalah menaqalkan kalam mereka mengenai syariat Islam supaya kita mengetahui mawqif (pendirian) mereka yang sebenar. Kita wajib mengenali seseorang itu melalui dirinya sendiri. Dalam mengenali seseorang, dirinya sendirilah yang terbaik untuk menceritakan mengenai pendapatnya sendiri dan lebih dipercayai apabila dia menzahirkan apa yang ada di dalam hatinya.


MARKAH BAHASA ARAB TINGKATAN 2AA 2010 SMK LUI BARAT

November 8, 2010

Berikut adalah markah bagi matapelajaran bahasa arab peperiksaan akhir tahun bagi tingkatan 2AA tahun 2010

SMK Lui Barat…

BIL NAMA PELAJAR MARKAH GRED
1 HAIRUDIN BIN AMIS 54 C
2 MOHAMAD AMIRUL HISYAM BIN HASHIM 44 D
3 MOHD IKMAL B ZAMRI 55 C
4 MUHAMAD HAFEEZ BIN ARIFFIN 52 C
5 MUHAMMAD KHUZAIRI BIN MOHAMED SUPI 42 D
6 MUHAMMAD NOOR RASYID B. YOUSOFF 41 D
7 AIZA FUZNA BT ADNAN 57 C
8 FAZIDAH BINTI UMAR 84 A
9 KHAIRUNNISA BT ZAILAN 50 C
10 NAZEFFA SYAZA BINTIĀ  SUHAIMY 58 C
11 NOORA BINTI AZMAN 61 C
12 NOR AISHAH BINTI MD NOOR 76 B
13 NORAIN BT.SUBOH 43 D
14 NUR AMALIA BT ABD GHANI 36 E
15 NUR FATIHAH BINTI RAMANI 57 C
16 NURUL ARMALIZA BT TOMPANG 31 E
17 NURUL FATIN AFIQAH BT. SAHADAM 37 E
18 NURUL NASUHA BT. IDRIS 33 E
19 NURUL SITI ANAHASUHA BINTI ARIFFIN 30 E
20 NURUL UMIRA AIZAD BINTI MD ROSLI 69 B
21 ROZIEYANA BT SHAHRUDDIN 68 B
22 SITI RATNA DEWI BINTI ABDUL KARIM 82 A
23 TUAN NUR RASHIDAH AIDA BINTI TUAN ROSLI 67 B