Pendapat Ibnu Taimiyyah Berkenaan Tarawih 20 Rakaat

tarawih

“Serupa dengan yang demikian itu dari beberapa aspek, perselisihan ulama’ dalam menentukan bilangan rakat solat tarawih pada bulan ramadhan. Sesungguhnya telah thabit bahawa Ubai ibn Ka’ab solat dengan orang ramai (menjadi imam) sebanyak 20 rakaat dalam solat tarawih bulan Ramadhan dan menunaikan solat Witir sebanyak 3 rakaat. Maka ramai dari kalangan Ulama’ berpendapat ia adalah Sunnah kerana beliau mendirikannya bersama kaum Muhajirin dan Ansar serta tiada seorang pun yang mengingkarinya. Ulama’ yang lain pula menghukumkan sunat bilangan rakaatnya sebanyak 39 rakaat, berasaskan amalan penduduk Madinah yang terdahulu.

Berkata segolongan manusia : Sesungguhnya telah thabit melalui hadith sohih daripada Aisyah RA : “Sesungguhnya Nabi SAW tidak menambah bilangan rakaat solat malam pada bulan Ramadhan dan bulan-bulan yang lain melebihi 13 rakaat.”

Terdapat  sekelompok manusia telah bergoncang keyakinannya mengenai asal penetapan ini (solat tarawih 20 rakaat) kerana menyangka berlaku percanggahan hadith sohih ini dengan apa yang telah dithabitkan dari sunnah al Khulafa al Rasyidin dan amalan kaum Muslimin. Apapun pendapat yang benar bahawa pendapat-pendapat ini kesemuanya adalah baik.”

Ibnu Taimiyah, Al Fatawa al Kubra Jld 2 H:249

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: