Majlis Bersama Sayyid Ahmad bin Muhammad bin Alawi al Maliki

Assalamualaikum :

Setelah kita selesai menyambut Hari Lebaran yang lalu, kita akan sekali lagi berpeluang menerima kunjungan dari Sayyid Ahmad bin Muhammad bin Alawi Al Maliki, salah seorang ulama dari Makkah al Mukarramah pada sedikit masa lagi.

Beberapa Program dan Majlis telah diatur oleh pihak Urusetia  dan dimaklumkan secara rasminya  bahawa terdapat  tiga  ( 3 ) Majlis Utama yang telah diconfirmkan, iaitu :

1. Majlis Diskusi / Muzakarah / Forum Bersama  Sayyid Ahmad bin Muhammad bin Alawi Al Maliki, di  Bilik Sri Seremban, Dewan Majlis Perbandaran Seremban, pada tarikh 10 Oktober 2008, (Jumaat ), bermula jam 7.00 malam. Diskusi ini akan membincangkan kitab Mafahim Yajibu an Tusahhah. Tempat adalah terhad kepada 150 peserta yang pertama sahaja. Sila hubungi kami untuk ” booking “.  Kertaskerja dan buku-buku akan dibekalkan secara percuma, InsyaAllah.

2. Majlis Hol  al Marhum  Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki  dan Majlis aidil Fitri ,  di  Kompleks Yayasan Sofa, 71350 Kota, pada tarikh  11 Oktober 2008 ( Sabtu ), bermula  dengan Jamuan HariRaya,  ( Lemang, Rendang, Satay, Nasi Impit, ,………..) pada jam 4.30 petang.

3. Majlis Wacana Utama, di Dewan  Seminar, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : Majlis Wacana Pemikiran Prof. Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi al Maliki Al Hasani akan diadakan pada 12 Oktober 2008 ( Ahad ). Bermula pada jam 8.30 pagi.  Sebanyak 1500 tempat disediakan untuk peserta-peserta dari seluruh negara. Wacana ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI ), Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM ) dan Yayasan Sofa sendiri.

Untuk  sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

Ustaz Haji Mohd Farid bin Samad : 019 384 2032

Ustaz Salahuddin bin Azrai : 019 389 7785

Ustaz Mohd Hanif bin Abd Hamid : 019 663 7785

* Yayasansofa.blogsome.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: